Thursday 13 October 2011

BENGANG KE BANGANG

Assalamualaikum

Bila sebut pasal bengang membangang nie aku ada gak sekali sekala bengang kat seseorang duduarang. Sape tak penah bengang kan. Tipu la kalau korang tak penah. Kalau aku la aku naik bengang terus bila ada seseorang duk marah-marah aku HANYA KERANA AKU TAK ANGKAT COL @ BALAS MSG BELIAU. gurpppp!! Perlu marah ke? 

Aku tak faham spesis-spesis yang macam nie. Perlu ke nak marah-marah tanpa sebab? Tak boleh ke fikir secara matang sikit kenapa aku tak angkat col? Kita bukannya 24 jam mengadap handset je. Kita pom ada gak time sibuk sampai handset pom tak tahu kat mane. Bila time free bila tengok handset ada plak orang duk marah-marah coz tak angkat dia col. Kata sombong la, nak cari gaduh la, siap maki hamun pom ada. Sape tak bengang. Dalam ati duk pikir 'eh dia nie, tu pom nak marah'


Aku boleh consider kalau dia marah aku coz ada somethim urgent. Memang boleh di terima la walaupom bengang jugak. (bengang la jugak coz bukan taknak angkat. Tak perasan je). Ni bukan sebab urgent ke ape ke just nak borak-borak kosong je. Oit kawan, setakat nak berbual je jangan duk marah-marah macam aku buat dosa besar je. Dari kau duk marah-marah, duk miskol banyak-banyak kali baik buat benda berfaedah. . Ni duk marah-marah aku cam aku nie awek dia je. We're just frenz ok. 

Aku ok je nak berkawan ngan sape-sape. Tapi tolong la jangan lebih-lebih. Duk col banyak kali sampai aku naik bosan. Pakwe aku takde la pulak nak col banyak kali. Kawan-kawan je kan. Tak perlu nak marah-marah or terasa ke ape bila aku tak angkat col. Aku bz la tu ataupom aku takde mood nak borak ngan kau. OK. TQ


nota tambahan: aku berkawan gak tapi takde plak aku mengacau idup dorang.


No comments:

Post a Comment